Wednesday, 31 August 2011

Raya...Raya...Raya....2011

Hari ni aku tak nak coret banyak2..coz sekarang tengah mood raya....so sekarang aku just nak post gambar2 raya yang aku amek waktu raya jer...




























Sunday, 28 August 2011

24 Ciri2 insan yang mencintai aku...Ahaks..:)


  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  1. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  2. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  4. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu
  5. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  6. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  7. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  8. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  9. *  Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  10.  Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  11. *  Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  12. *  Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  13. *  Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  14. *  Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  15. *  Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata,dekat dihati
  16.  *  Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  17. *  Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  18. *  Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  19. *  Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  20. *  Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  21. *  Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  22. *  Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  23. *  Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Semua yang di atas ada pada insan yang paling aku sayang....




Andai Aku Adalah Tulang Rusuk Mu yang Hilang






Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang
Aku berharap
Jika nanti Allah mempertemukan kita

Kau akan selalu membimbingku
Agar aku menjadi wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat
.
Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku
Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat

Iaitu anak yang soleh dan solehah
Yang dapat menjunjung tinggi Agama Allah
.
Andai engkau ditakdirkan untukku
Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan
anakku





Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita
Kau boleh mencintai aku apa adanya
Dan boleh mengurus kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan
.
Dan andai aku salah
Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan

Andai aku marah
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu
Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan

Andai aku lupa
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang
Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita
.
Kerana….
Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku
Yang  selalu dapat membawa aku ke jalan yang diredhaiNya
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu
*Buat bakal imam Ku


Saturday, 27 August 2011

Tuhan..Berikan aku cinta

Bila aku bole meminta ku ingin
Tahu semua apa yang ada disisi

Hatinya untukku
Semakin aku mengenalnya,seakan
Aku tak bisa lepas darinya
Tuhan ku pasrah diriku untuk
Menerima semua jalan hidop ku ini

Mengikut ape yang kau tunjukkan
jalan kepada ku



  P/S ingatlah... kita juga berhak untuk rasa bahagia. cuma mungkin cinta itu belum jadi milik kita. dan kadang2 kita boleh memberikan cinta sejati kpd seseorang, tapi tak semestinya org itu akan memberikan balasan cinta yang sama kepada kita.... sbb itulah walau pun aku kecewa, tapi aku cuba memujuk hatiku sendiri kerana aku pasti aku juga berhak untuk bahagia dan dicintai...

Shopping VS Photoshoot

WAh...terasa letih sangt shopping raya kat kl....neway  persiapan raya aku dah siap seminggu lepas..tapi aku p kl ni pun coz temankan member aku..Die ni suka shopping raya last minit...Bukan main susah lagi nak cari baju raya die...dah nek lengoh kaki ni..hahaha...tapi enjoy...liza..jngn marah yer...len kali kiter  cari baju raya sehari sebelom raya k...hahaha...

4 my tunang..thanks k luangkan masa bersama kami..walupun tak dapat berbuka sama...dan terima kaseh coz belikan mama kain...



                                                           



















Friday, 26 August 2011

Spesial Pantun 4 Raye....

KELANTAN
Make ikke cicoh budu

Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita



TERENGGANU
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong


Bulan raye mung gile





PAHANG
Sepadan pahang ada kasino

nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko

Raya makan rendang sardin



JOHOR
Cegitu cegini awak suke

Awak suke kite ceria
Esok lusa hari raye
Sama -sama bersuke ria




MELAKA

Hawau kau melilau merata
Kaki bengkak ulau patok

Kalau balik naik kereta

Jangan pandu kalau ngantok



N.SEMBILAN
Masak lomak cili api


campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri



PERAK

Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai

Pandu hemat ingat kampong
Ase teman selamat sampai




KEDAH

Aloq staq terketaq-ketaq
Lapar perut makan pau


Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau





PENANG


Nasi kandar kedai mamak
Anak mami juai pesemboq

Lepaih raya jngn dok triak

Kalu ceti mai kot dapoq


PERLIS


Padang besaq kecik aje
Tempat siam lalu lalang

Hari raya kite berbelanje
Jangn sampai menambah hutang


SELANGOR / K.LUMPUR
Wa cakap lu wa tak tahu
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangn buat tak tahu
Angpau ada bagi gua dulu

Thursday, 25 August 2011

My Bro Bezday 25.08.2011

Semalam Bezday abang aku yang ke 29 tahun...Selamat hari kejadian bro..Semoga di panjangkan umur
dan di murahkan rezeki...jadila seorang pemimpin yang baik dan adil ok. tak de ape yang aku belikan untuk abg aku semperna bezday die...cume hadiah n kek SR jer..



                                       

                                         

Wednesday, 24 August 2011

Insafilah Diri

Apa guna jadi lelaki kacAK, kalau baca Quran pun merangkak-rangkAK...
Apa guna jadi perempuan cantIK, kalau Pukul 12 t.hari pun tak celik-celIK...
Apa guna umur besar panjANG, kalau Fardhu ain asas pun lintang pukANG....
Apa guna Allah bagi hidaYAH, kalau nak solat pun sikit punya paYAH...
Apa guna jadi manusIA, kalau umur Allah bagi kita sia-sIA..
Apa guna harta melimPAH..kalau nak hulur kepada yg memerlukan pun suSAH...
Apa guna pangkat beSAR...kubur dah dekat pun masih tak seDAR ~
RENUNG2KAN................

Monday, 22 August 2011

Biar kepahitan itu pergi
Agar kemanisan mengisi
Biarkan kekecewaan berlalu
Agar kegembiraan mewarnai


Biarkan kegelisahan lenyap
Jangan kita hilang semangat
Biar penderitaan menyapa
Agar kekuatan kita jana semula


Biarkan diri ini derita
Agar ku tahu keperitan derita ini
Agar ku sedar kesengsaraan ini
Tak sama bahkan hanya secebis
Dari penderitaan Rasulullah S.A.W


Tuhan sesekali tidak menzalimi hambanya
Tetapi manusia yang menzalimidiri mereka sendiri
Cahaya kelam pahala dosa
berupaya memilih nya

Walau kadang kala tersasar lantaran pautan nafsu
Namun peluang dari nya
sentiasa ada
Namun kasih dari  nya
Sentiasa memayungi

Diturunkan Ad-Din memperhalusi akal
Dianugerahkan akal memperhalusi akhlak
Di kurniakan akhlak kecantikan pekerti
Menjadi sebaik-baik umat tunduk sebagai hambanya

Berjalan sebagai khalifah
Menyusuri kehidupan
Mencari sebutir permata
Menyemai sepohon taqwa
Agar dapat berteduh
Dari kepanasan nafsu
Agar dapat berlindung
Dari angin hasutan syaitan
Dalam mencari keredhaan Allah S.W.T




Ya Allah
Jadikan la aku seorang penyabar dan bersabar setiap dugaan mu



 




Sunday, 21 August 2011

B.e.R.s.A.b.A.r Lah

Bersabarla dan bertawakal la
dalam kehidupan ini
sesuatu yang terjadi itu
tentu ada hikmah nya


Penderitaan yang kau alami
hanya suatu dugaan
dan janganla kau bersedih hati
tuhan maha penyayang


Hati ku memahami
derita yang kau rasakan
diriku menyayangi oh diri mu
linangan air mata mu
hanya tuhan yang tahu


Pedihnya yang kau tanggungi tak terkata
sabarla wahai insan yang sedang menderita
jangn la putus asa


Kasih yang kau harapkan
menanti di hadapan 
bahagia yang kau rindu
terbuka di akhirat


ku hulurkan tangan ini
sebagai tanda kasih
semoga kau menyedari
niat ku suci murni



Ni adalah lirik lagu..Ada seseorang telah bagi lagu ni pada saya
dan saya menghargai nya..terima kaseh yer cikgu ameer..
Nanti bole belnje Keny Rogers lagi..(*-*)









Saturday, 20 August 2011

Sediakan Payong Sebelom Hujan

ini adalah masalah salah sorang teman aku dan die mintak pendapat macam mana nak handle. Dan aku yang dah berpengalaman tentang ni...so aku pun bg la pendapat aku kat die...dan gara2 degil tak nk dengar kata ni la padah nya...


ni laa orang cakap bile dah sakit baru nak cari ubat, even ni adalah kata kata rekaan aku sendiri tapi aku rase korang boleh paham kan? hek9. macam ni la nak bagi jelas lagi ialah sediakan payung sebelum hujan. korang jangan terlalu percaya kat seseorang lebih dari korang percaya kat Allah dan diri sendiri. baru la masalah macam ni tak muncul. 

ni gara gara kegatalan suruh BFF add BF kat FB. dah tu bile dapat tahu dorang ade feeling baru laa nak nanges mintak tolong kan. aku dah bagi tahu awal awal lagi, jangan mudah percaya kat orang even BFF sendiri. eh, BFF tu pon manusia jugak. ade perasaan macam kite gak tahu? nak menyesal pon dah tak gune. nasi dah basi weh. aku bukan nak marah cume terkilan sebab nasihat aku kau buat main main. 

to her : aku just nasihatkan kau tolong laa jangan duk nanges. sedeh memang sedeh. tapi kau kena pilih salah sorang. samaada BF or BFF. kalo kau sayang BFF, lepaskan BF kau biar dorang bahagie, tapi kalo kau sayang BF, rampas balik die dari BFF kau tu. haa. pening gak main 'game' ni. salah sorang mesti akan terluka. tapi kalo kau yang nak tengok dorang due due hepi, kau yang akan terluke. so, PIKIR sendiri ye?

moral of the story, pandang kanan pandang kiri. jangan ingat semua orang adalah sama cara pemikiran dengan kepala hotak kite tau. ade rambut ke botak ke manusia tetap berbeza. jadi, jangan mudah sangat trust people oke? #kbai

Kadang - Kadang

Kadang-kadang hati selalu bertanye .Tuhan , kenapa susah benar menjadi manusia.
kenape agak nya saya tak dapat ape yang saya ingin kan.kenapa saya tak bole 
jadi ape yang saya nak.kenapa kamu yang telah menyusun jalan hidup ku.
kenape bukan saya sendiri yang melukis pergi balik hidup bahagia saya.kenapa hidup 
saya begitu sedih sekali.kenapa bukan seperti orang lain.kenapa mereka yang sentiasa 
melupakanmu lebih bahagia hidup nya dari saya.




Hurm.Pokok,Adakah seronok menjadi kamu?Boleh saya jadi sebahagian daripada kamu tak pokok?
Adakah ramai diantara kamu yang membenci kamu?Tolong la jawab wahai pokok?Hurm




Sebenarnya tuhan tu maha segala nya.Aku sedar tapi kadang aku lupa.Kita hanya  perlu sabar menghadapi
dugaannya.Jika baik kalau inginkan kehidupan seperti itu kite harus menadah tangan penuh hina
memohon ikhlas daripada-nya.Tuhan tak beri ape yang kite mahu tapi tuhan beri ape yang kite perlu


Tuhan,
Terlalu berat ujian-mu di dunia ini
Saya mohon kamu sudi ambil saya
Saat mereka tidak memerlukan saya lagi
Saat hari yang paling suci
Saat juga saya telah bersedia sepenuhnya
Saya rela tinggalkan semua kesayangn saya
Demi kebahgiaan mereka

Bila la senyuman ini akan kembali 

Friday, 19 August 2011

Waiting 4 U Only

 sye tggu awk...n terus tggu...smpi bile?? hnye awk yg twu...sye xkn kcu awk...coz sye tanak awk ssh sbb sye..jalani la idop awk ngn normal shingga awk jumpe org yg dpt bahagiakan awk..maaf sye xmmpu nk wat awk epy..
sye syg kan ubungn nie...tapi prcyela sye xmmpu nk wat awk epy...
jage la diri awk leklok....jgn lupe mkn n minum....
jgn lupe sye....t8 care k.... don` t worry about me....syg sye bile awk rase sye da brubah mngikut ape yg awk nk..engt sye bile2 awk terlupe tntg kite...
sye tanak ilang awk...n sye arap awk puwn mcm tuw..jgn la asek slhkn dri sendiri....
jgn lupe maafkn sye....
<3 U...                        

You & I


my frenz when i think of u
i think of all that we`ve been through
all the times we argue n fight
i know deep inside that it isn`t right
i, then feel bad n a lot of pain
it feels like i`ve fallen from the sky like the rain
i love u dear friend wif a lot of my heart

but now that u are gone i`ve fallen apart
i`m getting better as the days go by
i wish sometime this was all a big lie
i pray 4 u enevr nite
it`s like u are my fire a burning light

my dear fren i miss u a lot
i still wonder y u were put in that spot
i know all of u in a place much better than here
praying me wif all my tears

our friendship
my dear friends
we will have to the end
friends till the end is what we will be
someday we`ll be together
all of u n i !!!

Thursday, 18 August 2011

AnDaInYa LeLaKi TaHu....


Andaiya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.


Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia le...mah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.


Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.


Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak,dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,tapi die mahu lelaki mengenali dia dengan lebih dekat.


Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu berubah,itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,tetapi dia mahu jadikan anda lebih baik,bukan untuk diri nya,tetapi untuk masa depan anda.


Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,bukan bermakna die tidak sayang..tetapi die terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda  anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian..kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,anda akan mengkhianati kepercayaannya yang di beri.Naluri keibuan nyer sangt kuat,die hanya mahukan yang terbaik untuk anda.


Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk,jangn kata die mengada ngada,die bukan nyer mahu di pujuk dengan wang ringgit ataw hadiah sedozen tetapi cukop dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa di hargai.


Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan 'I LOVE U' itu tidak bermaksud die tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,bukan hanya hadir dari kata2 tetapi melalui bahasa tubuh nye.


Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,dia benar2 maksudkan nyer,apabila berjauhan bayangan mu sentiasa bermain dimata.


Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain lebih baik dari kamu,jangn percaya kata2 nya die hanya mahu menguji kamu,die mahu melihat sejauh mana kamu bole menjadi yang terbaik  di mata nya,walupun sebenar nya kamu la yang terbaik di hati nya,selagi die dengan kamu ,pecayala walupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di mata nya tetapi di hati nya ,kamu tetap yang terbaik.


Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil,die bukan bermaksud untuk menjadi degil,tapi die mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenah nya.Pecayala ,hati perempuan sangat lembut.andai kena cara nya.jangn terkejut kalau dia menukar fikiran dalam masa sesaat.


Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata"tolong tinggalkan saya"die tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya,die mahu menenangkan fikirannya sebentar sahaja.apabila die kembali tenang,pecayala die akan mencari anda semula,itu tandanya die benar2 menyintai anda.perempaun sukar untuk mengawal perasaan.die terlalu emosional.tapi die la yang paling menyayangi anda dan sangt sensitif dengan perubahan pada diri anda.


Andainya lelaki tahu..sememangnya allah menciptakan lelaki dan perempuan dengan perbezaan yang tersendiri.Tetapi sekiranya mereka saling memahami mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakannya.


Alangkah indah nyer hidop seorang wanita ,jika lelaki yang dicintainya benar2 paham hati dan naluri seorang wanita..

Sunday, 14 August 2011

B.E.R.H.E.N.T.I B.E.R.H.A.R.A.P

setelah di bahgi ,tolak ,tambah ,darap ,AKHIRNYER....aku  mendapat satu jawapan....dan jawapan itulah yang aku rasa terbaik untuk aku....untuk diri aku...dengan KESERABUTAN kepala aku sekarang aku rasa itu la yang terbaik...pertama aku mengiakan ape orang cakp tentang aku..kedua...macm2 la kan yang aku dengar...disebabkan menceritakan pada seorang tentg luahan hati..terus jadi satu dunia tahu...pelik2.....orang lean pulak mcm over2 gitu...ahakz....dah la aku pun mals nak pikir...benda dah berlaku...aku ni jahat...tak de nmpak yang baik pun kat aku ni..so buat ape aku nak berharap lagi...ape yang aku buat semua di pandang jahat...dah cop kiter jahat..so kalu kiter buat bek pun tetap jugak di kata kiter ni jahat...dah la..aku dah mals...aku dah penat...aku dah letih..dengan semua masalah yang aku buat...bak kata orang la kan...aku cume mengiakan jer..kalu DIE seorang yang bek..berhati nurani...DIE tak de la sekejam itu menceritakan pada orang len kan...ape yang aku ceritakan kat die..yola..dah nama pun rahsia ma...perlu ke ceritakan pada orang len...so kat cini aku nak cakp pada diri aku...WA KENA BEB...!!!hhahaha...



So...ape yang aku nak cakp kat cini..aku dah rasa cukup la kot untuk aku mengharap pada seseorang...aku dah penat....bermain dengn perasaan...otak aku dah letih untuk berfikir..memikirkan kesalahn yang aku buat tak stimpal dengan ape yang berlaku sekarang..len la kesilapan aku tu beso...kuar ngn lelaki len ke,beromen dengn lelaki len ka..(sori ayat ada kasar cikit)curang ke,berpoya poya dengan lelaki len ke...p clubbing ke..(oppsss...yang ni aku tak pernah lagi p...seumur hidp).msg ngn jantan len ke...ym ngn jantan len ke...chat ngn jntan len ke.....dan kesalahan aku adalah..aku suke bercerita...bercerita tentang keburukan orang pada orang yang salah.....hahaha...jahat siot aku...sangat jahat....macm la orang len tak pernah buat silap...tak pernah buat salah...dan sekarang aku dah mndapat jawapan...BERHENTI BERHARAP itu lagi batter ....



tak perlu mengharap pada sesuatu yang tak pasti..seperti lagu di bawah ini...


aku tak pecaya lagi
dengan ape yang kau beri
aku terdampar disini
tersudut menunggu mati

aku tak pecaya lagi
akan guna matahari
dengan mampu terangi
sudut gelap hati ini

aku berhenti berharap
dengan menunggu datang gelap
sampai nanti suatu saat
tak ada cinta kudapat

kenapa ada derita
bila bahagia tercipta
kenape ada sang hitam
bile putih menyenangkan

aku pulang tanpa dendam
ku terima kekalahanku
aku pulang tanpa dendam
ku salutkan kemenangan mu.

aku berhenti berharap
dan menunggu datang gelap
sampai nanti satu saat
tak ada cinta ku dapat



dah habis...dan itu je kot yang aku nak cakpkan untuk hari ni...BERHENTI BERHARAP
semoga aku akan bertemu sinar baru...pada esok hari...

Saturday, 13 August 2011

Aku Permata

Terdampar jauh di hempas badai ku hanyut
Hati merintih terkunci mulut membisu
Perjalanan yang jauh bagai tiada sudah nya
Liku ranjau ku tempuh dalam mencari jawapan


Disudut kecil hati ku sering berkata
Apa yang terjadi ada hikmah sebaliknya
Ku beranikan diri menongkah arus yang deras
Demi hari esok ku relakan

Walau tiada tangan yang menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Tuhan Hanya engkau mengerti
Perjalanan hidop seorang insan

Kini ku jauh memetik bintang di langit
Berakhir musim dingin kini mekar bunga indah
tinggallah memori terpahat di dalam dada
terjawab sudah segala nya

Aku hanya ingin merasa
Kemanisan hidup didunia yang ku dambakan
hanya titipkan la doa
agar permataku terus bersinar


Aku seorang insan yang inginkan kebahgiaan bukan kekecewaan

Friday, 12 August 2011

AkU BukAn SEmPurNa UnTuk Mu




"✿◕♥♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥¸.... ¸.·´¨) ¸.·*¨)♥ 
Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan "Kau tercipta untukku.
"✿◕♥♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥¸.... ¸.·´¨) ¸.·*¨)♥ 
Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tangungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.
"✿◕♥♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥¸.... ¸.·´¨) ¸.·*¨)♥ 
Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan 'sempurna' di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan lelakilain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.
"✿◕♥♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥¸.... ¸.·´¨) ¸.·*¨)♥ 


Aku Mohon maaf jika diri ini belom cukop sempurna untuk mu

~~ EmPty ~~


"...manUsia kdg2 lUpE Utk mghargai sssOrang yg ad dgn diE...
tp...,blE diE khilangan Org tU diE akn mEnangis dn akn mErindUi ssOrang tU...
jdi...,hargailah ssOrang itU sbElOm awk xkan dpt lihat,sEntUh,nampak,rasE,
dn s.a.y.a.n.g ssOrang itU lg...sbb awk xpEnah taU sapE yg akn s.a.y.a.n.g awk
hgga awk khilangan diE....manusia pasti nyer melakukan kesilapan...tak pernah yang sempurna
HanyE sbb ssOrang itU x s.a.y.a.n.g awk dgn carE yg awk nk,xbrmakna diE x s.a.y.a.n.g awk dgn sUmE yg diE ad..."♥~

Tuesday, 9 August 2011

Pengorbanan.....


Adesss....Macm mana nak mulakan yer...ada banyk bnda yang aku nak citer..tapi aku amek yang best2 je la k..heheh...ok...hari ni aku berbuka posa kat luar...member aku ajak berbuka puasa ngn die...tapi bukan berdua ngn die..tapi bertiga...iaitu aku die n tunang die....haha...so die ajak aku mkn kat pizza....tapi sebelom aku keluar mcm biasa..kena bg tahu tung aku dulu...coz die berhak tahu kemana saje aku p n kuar ngn sape...



so mcm biasa..aku drive sendiri dari umah..n member aku n tung die dah tunggu kat pizza...semntara nak tunggu waktu berbuka..kami pun berbual la..aku ni segan sikit ngn tung die..walupun dah biasa jumpa...hahha..bermula la cerita....mmber aku tanyer ..bilala aku nak kawen...soklan yang susah aku nk jawab..coz aku takut nak bg jawapan ape2 pada die..haha...aku just cakap...kalu ada jodoh kami,kami kawen la...hehe..simple answer...

die cakp...ayat mcm pasrah jer...-dalam hati aku-bongok la die ni..tak de soklan len ke die nak tanyer aku....haha..aku jawab la..mana ada pasrah...kiter hanyer mampu merancang...tuhan yang tentukan...bek punyer ayt....haha....sambil borak2 ngn die..aku men msg ngn tung aku...biasala nk msg ngn ape lagi kalu tak ngn tung...gaduh2 pun tung kiter jugak...jahat bek die...tung kiter jugak..

sekarang tutp citer pasal member aku n tung die yang tak habis2 nak pekenakan aku tu...haha...sekarang aku nk citer pasal my luv lak...(tung aku ler...)petg tadi die call...waktu die lepas balik keje..die meluahkan ape yang die rasa pada aku...maksud aku ape yang berlaku kat die kat tempat keje die...ape yang die citer tu..bole buat aku titiskan air mata...tapi aku tahn jer..coz aku tak nk die tahu...

ape yang berlaku kat tung aku sungguh sedih..n sangt sedih...dan sebenarnyer aku menhan sedih ni dari sahur tadi...dan sehingga la sekarang...aku tak leh nk tahn dah..terpaksa gak keluarkan air mata ni...aku tak tahu la..nape tuhan berikan aku sekeping hati yang begitu lembut....mudah keciankan orang..mudah menitiskan air mata...ok2..balik semula citer pasal my luv...ape yang tung aku citer tu mmbuatkan aku rasa nk marah...bukan marah kat die..tapi marah kat orang yang tung aku maksudkan tu....ape la manusia ni kan....orang dah tolong so bole buat tung aku mcm ni lak....sebak hati ni sebenarnyer...orang buat kat die mcm ni...tapi aku hanyer mmpu mmberi nasihat jer kat die...satu jer aku cakp kat tung aku..BIAR ORANG BUAT KITER...TAPI KITER JNGN MEMBALAS NYER...

Dan sahur tadi pulak...tung aku hntar msg kat aku....die kata sakit..aku pun call la...risau seh..die kata die sakit...rupa nyer kaki die sakit..coz berdiri lama sangt...ye la mana tak nyer...tung aku ni ada wat keje partime nk cari duit lebih....so keje die berdiri...lama tu seh...mana tak sakit...adesss...bile dengr suara die lagi la aku nak melalak....tapi aku tahn lagi....mcm2 masalah yang tung aku hadapi...aku sebenar nyer tak sanggup nk tengok die sakit ke...susah ke....aku tak bole...biar aku susah tak pe...jngn orang yang aku sayang susah...

sebab tu la aku sanggup korbankan ape saje untuk orang yang aku sayang...dan aku cume minta die menyayangi aku seikhlas hati die..tu dah cukop untuk aku sebagi seorang wanita....dan mlm ni pulak tung aku keje sampai esok pagi...dan sambung lak keje pg nyer tu....ya allah....berikan la kesihatan yang baik pada tunang ku....dan berikan la kebahgiaan dalm pertunangn kami ini...dah pelbagai dugaan yang kami lalui.....hanyer satu yang aku minta pada MU ya allah..satukan la kami sebagai pasangan suami isteri jika benar die untuk ku dan aku untuk die....AMIN...

so walauape pun yang berlaku,waluape pun rintangn,dugaan yang mndatang...aku harus tabah...kali ni pertunangn aku n my luv terlalu banyk sangt dugaan....mcm2 dah kami lalui...alhamdulillah...die msh lagi tung aku sekarang.....ye benar kata member aku...dalm pertunangn salah sorang kena mengalah....tak leh dua2 nak menang....so kena saling pecaya....aku akn sentiasa berdoa tanpa henti untuk pertunangn kami...

aku n my luv ada jugak impian...impian kami nak n ada kuarga n anak2 sebagai penyeri dalm umah tangga kami nnti....impian tu semua insan di dunia ni impikan..so kami hanyer mampu berdoa....insyaallah...ok la...tung aku pun dah habis wat keje...aku ni temankan die jer....cian lak die keseorangn....heheh..so mata ni pun mcm dah berat dah ni...aku nak tido dulu la k...t kalu ada citer best2 aku stori lagi k...

last untuk my luv..saya nk awak tahu..yang hati saya ni ada awak jer k...saya nk awak tahu walupun kiter selalu gaduh..tapi saya tetap syng n cintakan awak ok..pecayala...hati ni tak pernah berubah...




love u so much my tunang...awak segala galanyer buat saya....