Andaiya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia le...mah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak,dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,tapi die mahu lelaki mengenali dia dengan lebih dekat.
Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu berubah,itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,tetapi dia mahu jadikan anda lebih baik,bukan untuk diri nya,tetapi untuk masa depan anda.
Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,bukan bermakna die tidak sayang..tetapi die terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian..kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,anda akan mengkhianati kepercayaannya yang di beri.Naluri keibuan nyer sangt kuat,die hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk,jangn kata die mengada ngada,die bukan nyer mahu di pujuk dengan wang ringgit ataw hadiah sedozen tetapi cukop dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa di hargai.
Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan 'I LOVE U' itu tidak bermaksud die tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,bukan hanya hadir dari kata2 tetapi melalui bahasa tubuh nye.
Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,dia benar2 maksudkan nyer,apabila berjauhan bayangan mu sentiasa bermain dimata.
Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain lebih baik dari kamu,jangn percaya kata2 nya die hanya mahu menguji kamu,die mahu melihat sejauh mana kamu bole menjadi yang terbaik di mata nya,walupun sebenar nya kamu la yang terbaik di hati nya,selagi die dengan kamu ,pecayala walupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di mata nya tetapi di hati nya ,kamu tetap yang terbaik.
Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil,die bukan bermaksud untuk menjadi degil,tapi die mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenah nya.Pecayala ,hati perempuan sangat lembut.andai kena cara nya.jangn terkejut kalau dia menukar fikiran dalam masa sesaat.
Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata"tolong tinggalkan saya"die tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya,die mahu menenangkan fikirannya sebentar sahaja.apabila die kembali tenang,pecayala die akan mencari anda semula,itu tandanya die benar2 menyintai anda.perempaun sukar untuk mengawal perasaan.die terlalu emosional.tapi die la yang paling menyayangi anda dan sangt sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andainya lelaki tahu..sememangnya allah menciptakan lelaki dan perempuan dengan perbezaan yang tersendiri.Tetapi sekiranya mereka saling memahami mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakannya.
Alangkah indah nyer hidop seorang wanita ,jika lelaki yang dicintainya benar2 paham hati dan naluri seorang wanita..
No comments:
Post a Comment