Wahai hati yang sedang merindui
apabila kita mencintai seseorang
sebenarnya kita telah pun
merelakan hati untuk dilukai
apabila kita telah menyayangi seseorang
sesungguhnya kita telah
pun membenarkan diri untuk dibenci
Apabila kita terlalu merindui seseorang
kita telah pun bersedia untuk dilupakan
meskipun amat terseksa
tapi itulah hakikat hidup
pengajaran yang
perlu dirasai bila kasih tak berbalas
Ada masanya kita tidak perlu
lagi menoleh ke belakang
andainya sejarah silam hanya melukakan hati
namun ada ketikanya kita perlu
mengingati biar
pun terasa pedih kerana ada seseorang
yang bermakna menghiasi pengalaman
hidup yang pernah kita lalui..
Ada masanya kita terpaksa lepaskan
peluang yang lalu di depan mata
ada waktunya kita
terpaksa lepaskan sesuatu
yang tak mungkin kita miliki
kerana selalunya hakikat hidup
tak akan
sama dengan kebetulan
yang kadang kala tak disangka..
Kadang kala apa yang kita ingin kan
tak akan sama dengan apa yang kita harapkan
adakalanya apa yang kita harapkan
tak akan sama dengan apa yang kita impikan
kerana impian hanyalah ilusi
harapan hanyalah kemahuan
yang cuba kita gapai
sedangkan segalanya belum tentu
untuk dijadikan realiti..
Kasih sayang bukan hanya sekadar ucapan
bukan sekadar memiliki
tapi ia adalah sesuatu yang
memberi kita nilai untuk terus hidup
memberi kita kekuatan
dan makna sesebuah perhubungan

No comments:
Post a Comment