Wednesday, 5 October 2011

KEHIDUPAN DIDUNIA




kehidupan di dunia 
kadang kala indah bagai bulan purnama
kadang kala menyakitkan bagai tiba gerhana

hati yang berdetik
namun mulut tetap terkunci
tidak mampu melafazkan
yang tersurat di hati
kerana jendela terkunci rapi

jiwa meratap pedih
perasaan menagih kasih
orang yang di nanti
datang bagaikan mimpi

hinanya diri,
diperlakukan sebegini
bagai tiada erti
umpama hilang perasaan hati

termenung kuseketika
dilamun mimpi khayalan yang tak sudah
diri masih tertanya tanya
kemana hilang nya kemanisan dunia

kunci yang dicari
hilang tetap tak di temui
kaki yang melangkah ke depan
tiba-tiba tersisir ke belakang
bagai hidup tiada penghujung
umpama bunga hilang wangi nya
ibarat daun tiada hijaunya

dunia yang berputar
namun kaki tidak terlangkah
masa yang berlari
namun jiwa masih terhenti
umpama memijak di awangan
bagai berlari di kayangan
ibarat ada dalm tiada

di capai tapi tidak terasa
di genggam namun terlepas jua
ibarat diri bayang-bayang
yang terpijak dibumi nyata

diri tinggal tanda tanya
beginikah dunia?
yang selama ini di kejar
namun tak pernah di jumpai

beginikah hidup?
yang selama ini di terokai
namun masih menjadi misteri

apa yang harus di ingati
yang pergi takan ada lagi
yang wujud bakal tiba pengganti
yang tinggal tetap jua kembali

misterinya kehidupan
makin di tanya
makin banyak persoalan
makin di teroka
makin banyak rahsia

apa yang di kata
telah lama tersirat di jiwa
apa yang di cari telah lama di temui
apa yang di benci
sebenarnya paling disayangi
itula kenyataan diri
kebenaran yang di temui
sengaja di sembunyi
lagi di cari...

cinta...
ibarat lautan terbentang
kasihnya tetap ketepian
semakin cuba di selami
semakin dalam hati merasai
semakin bnyak yang di jumpai
kasihnya tiada ganti
tidak juga berbelah bagi

lelaki.....
sungguh sukar di fahami
ibarat hujan di padang pasir
bagai gelora di hujung muara
kadang kala datang tanpa di duga
tiba-tiba pergi tanpa di sangka
inikah ironinya?

peribadinya lelaki
diibarat seumpama perdana
kelakuan tiada beza
apa yang di tuju juga serupa

wanita sahaja yang tergila-gila
bagai terjumpa air di padang pasir
hendak di jamah risau kehabisan
tidak dirasa diri pula kehausan

hmmm.....
keluhan kesal
sering menghantui diri
tidak mengerti
kemana kaki melangkah pergi

pandangan jauh kedepan
namun sering tersasar
di persimpangan
hati yang berbisik
namun jiwa tidak berdetik
sengaja di abaikan risiko didepan
kerana kebahgiaan yang di janjikan

perjuangan diri masih di persimpangan
musuh sekeliling sorak kegembiraan
tatkala diri tersungkur dari batasan
manusia serupa
namun pemikiran yang berbeza
jalan yang dilalui
terasa bagai berduri
bila diri tidak lagi di hargai



kaki yang melangkah
terasa beratnya
otak yang mengkaji
berhenti keletihan
apa lagi yang terlepas dari pandangan?

hijaunya bumi
tidak dapat menyejuk
birunya laut
masih lagi tidak dapat menenangkan
gunung-ganang yang tersergam
gagal membangkit
sawah ladang yang terbentang
tetap jua menghalang pandangan

apa makna semua ni
naluri hati telah tersimpul mati
hendak di tanya
namun pada siapa
ingin di jawab
tiada pula soalannya

bingungnya diri
kekiri tidak
kekanan jauh sekali
kedepan terhenti
berundur ke belakan tiada erti

betul katanya..
didepan ada yang menunggu
namun simpang mana yang harus ku tuju?

diri terasa sunyi
takut mengikut kata hati
risau tersungkur lagi

berilah ku peluang
seketika ini
izinkan diri
menemui ape yang dicari
risau tidak berkesempatan
dilain kali

deruan ombak di pantai
kadang kala membingitkan
angin yang menderu
terasa seperti ada yang menyeru
adakah ini petanda pada sesuatu

diri ini keletihan
tanda nokhtah yang dihajatkan
namun tanda soal yang di ketemukan
dimana pengakhiran sebuah persoalan

kenyataan yang dicari
dari awal diri mempercayai
ia bakal memberi kesan
yang pahit dalm diri
bagaimanapun kenyataan
harus dihadapi
walau pahit ranjau berduri

berilah pengakhiran pada semua ini
wujudkan la kesempatan
agar dapat menjernihkan keadaan
supaya tidak terhimpit penyesalan
semoga semua persoalan
dijawab dengn sebuah kemenangan
agar jiwa merasa tenang di masa depan


4 comments:

Anonymous said...

cukup la..tak perlu nak pikir lagi...susah kalu orang kuat cemburu ni...dah jujur pun masih lagi tak paham...tak bg tahu lagi la kata kite curang...saya saran kan lepas ni jngn bertunang..terus je kawen taw..dont waste your time ok..

ceritera chenta said...

hahahah....dah mals nak pikir...dah penat nak pikir...sekarang nak mulakan hidup baru..nak upgrade diri ni..lepas ni biar la jodoh tu orang tua yang cari...dok eh..tak tung dah lepas ni..terus je kawen...

Anonymous said...

ha bagus...kawen ngn saya ke..hahaha..alhamdulillah...saya terima dengn hati yang terbuka...dah lama dok tunggu saat ni...dan akhirnya...hahahaha....

ceritera chenta said...

wei cik amer..tok sah dok berangan ye...ahd ni awak bakal jadi tunang orang ye...bersiap sedia la ye..saya doakn yang terbaik...lepas ni kalu kuar kena berempat taw..tak leh bertiga lagi...hahaha...