Hari ini berjumpa dengan dua orang sahabat yg layaknya dipanggil kakak tapi mereka lebih dari itu. Tak ada perkataan yg sesuai untuk gambarkan mereka. Hmmm biasalah. Bila berkumpul bersama sejak lama tak berjumpa ni.. tentulah kami sedikit bergosip. Heeee bukanlah bergosip. Cuma update perkara2 yang perlu.
Dalam banyak2 perkara yang di update.. aku tersentuh dengan cerita seorang teman. Ceritanya tentang pilihan dan keberanian dia untuk memilih jalan yang lebih baik. Dia telahpun bersama dengan teman lelakinya hampir 8 tahun dan dia sanggup bertahan walaupun teman lelakinya itu melayan dia dengan buruk dan juga secara terang-terangan menduakan dia dengan perempuan lain. Kata dia..dia tak sanggup hidup tanpa teman lelakinya. Namun.. atas nasihat teman-teman.. dia pada akhirnya.. membuat keputusan drastik dengan memilih untuk memutuskan hubungan. Kata dia.. pada permulaan dia memutuskan hubungan.. dia tidak nampak sebarang cahaya di hadapan.. dia hanya berjalan..dan terus berjalan.. dengan tidak dia duga.. dia dipertemukan Allah dengan lelaki baru yang melayan dia jauh lebih baik dari yang sebelumnya. Kini, dia dan teman lelaki baru itu.. bakal melangsungkan perkahwinan. Kata dia.. dia tak pernah menduga.. tapi dia cuma tawakal ketika membuat keputusan memilih jalan yg lebih baik.
Satu cerita lagi tentang seorang teman yang mengadu tentang rumah tangganya yg sudah hambar meskipun baru mencecah 3 tahun rasanya. Anak mereka baru berusia setahun lebih tapi mereka sudah tidak berbicara antara satu sama lain.
hmmm dua cerita tentang scenario yang aku takut untuk lalui.. tapi memberi peringatan bahawa.. kadang kala apa yang kita minta itu.. Allah labih tahu. Aku meminta teman hidup dengan harapan dan mimpi yg indah2.. tapi ada realitinya...yg mana mereka yg punya teman hidup.. meminta untuk bersendirian lebih baik. Satu lagi cerita tentang keyakinan bahawa Allah menjanjikan yang terbaik pada mereka yg percayakan Dia.
Bisikan Jahat : Ya.. Aku pernah membuat keputusan memutuskan hubungan demi memilih jalan yang lebih baik diredhai Allah., tapi tidak satupun pengganti yang hadir selepas itu yang mahu menjadikan Aku suri hidup mereka.
Ya... jika ikutkan bisikan jahat itu.. Aku akan boleh saja menjadi org yang putus asa. Selalu saja desis hati berkata.. takkan ada cinta untuk aku.. MasyaAllah.. Ampun kan aku...
Aku selalu ingatkan diri... Allah lebih mengetahui. Allah tidak memberi apa yg aku minta tapi Allah memberi aku kejayaan dan rezeki dalam kerjaya. Dengan cerita sahabat itu.. aku bertambah yakin.. Bahawa.. jika aku sabar.. dan yakin pada Allah.. Yang terbaik akan menanti dipenghujung nanti. Mungkin penghujungnya.. di syurga sana.
p/s: Mohon Allah.. Beri hati yang baru. yang tidak tercemar dan moga hati yang baru itu.. dapat dihadiahkan kepada yang berhak. Aminn
No comments:
Post a Comment